KONSEP WAKAF DALAM ISLAM
Konsep wakaf
adalah tertumpu kepada pembekuan atau pemegangan aset yang diwakafkan dan penyaluran
manfaat harta berkenaan untuk digunakan bagi faedah benefisiari wakaf. Hal ini
yang membezakan di antara wakaf dengan instrumen filantrofi yang lain seperti sedekah,
zakat dan sebagainya. Wakaf pada dasarnya adalah merupakan amalan yang
diinterpertasi melalui tindakan Rasulullah SAW yang telah mewakafkan Masjid
Quba’ pada tahun 622M. Hal ini juga dibuktikan sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Umar bin Shaybah dari ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’adh yang
bermaksud:
“Kami
bertanya tentang wakaf yang terawal dalam Islam? Orang-orang Ansar mengatakan
adalah wakaf Rasulullah SAW...” (al-Shawkani,
1973: 129)
Amalan
berwakaf ini juga diteruskan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah SAW, di
mana Saidina ‘Umar RA telah mewakafkan tanah yang beliau perolehi di Khaybar
untuk kebajikan umat Islam. Begitu juga dengan wakaf telaga al-Rumah
oleh Saidina ‘Uthman
RA yang telah memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat. Amalan berwakaf
ini semakin popular dan dikembangkan sehingga digunapakai oleh masyarakat barat
melalui istilah endowmen (Monica M. Gaudiosi, 1988: 1244).
Dari sudut
bahasa, wakaf berasal dari perkataan Arab iaitu waqf,
waqf
merupakan kata terbitan (masdar)
dari kata kerja waqafa.
Ia mempunyai pelbagai
makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi
bahasa, waqf memberi
makna berhenti ( السكن ),
menegah ( المنع )
dan menahan ( الحبس)
Perkataan menahan ( الحبس )
lebih sinonim digunakan oleh kebanyakan ahli fiqh
kerana ianya lebih hampir kepada pengertian syarak. Manakala,
menurut istilah perundangan Islam, wakaf didefinisikan
sebagai suatu bentuk
dedikasi harta sama ada secara terang (sarih) atau
sindiran (kinayah)
di mana harta (substance)
berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasi kepada
tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus (Siti Mashitoh,
2007: 62).
Dalam
mengesahkan sesebuah perwakafan terdapat empat elemen pentingyang merangkumi
Pewakaf (waqif),
benefisiari wakaf (mawquf
lahu),harta wakaf (mawquf
alayh) dan sighah wakaf (ijab
qabul).
Dalam perihal pengurusan harta wakaf, para fuqaha’ mazhab bersepakat menyatakan
bahawa wakaf perlu diurus tadbir oleh mutawalli/nazir wakaf.
Mutawalli atau nazir
wakaf boleh terdiri daripada seseorang individu yang dilantik oleh pewakaf ataupun
sebuah institusi (Mohd Zain, 1982). Terdapat tiga bentuk syarat utama yang
membentuk sesuatu wakaf. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah :
(1) tidak
boleh ditarik balik/dibatalkan (irrevocability),
(2) tidak tertakluk
kepada penjualan dan pemindahan (inalienability)
(3) berkekalan
(perpetuity).
CWA Shah Alam Tremendous Wealth Advisors
Principal Shah Alam Tremendous Wealth Advisors
Wanna join us? Feel free to reach and contact us on this below number:
Mokhtar-0123210269
Atiqah -0123372505
Comments
Post a Comment