Seminar Berkaitan ASB di shah alam
Oleh NURHAZIQAH SAZALI
SHAH ALAM, 8 JULAI 2014 – Selasa Seksyen 19, pada jam 9.00 pagi , CWA Principal Asset Management telah mengadakan seminar mengenai produk ASB Loan kepada agen-agen CWA bertempat di pejabat cawagan tersebut di sini. Tetamu jemputan yang hadir pada hari tersebut untuk seminar itu adalah wakil dari CIMB Bank Pn.Noraini Binti Jamil sebagai Team Sales Manager MSF Center yang memberi ulasan dengan lebih teperinci mengenai produk ASB Loan. Bukan itu sahaja, seorang lagi tetamu jemputan adalah Ng Tong Chia wakil dari HQ CWA di Damansara yang memberi maklumat tentang terkini mengenai kelas training untuk produk PRS (Private Retirement Scheme) pada hari khamis 10 July 2014 pada jam 9.00 pagi di HQ Damansara bertempat di training Room 1.
Ucapan yang di sampaikan oleh Pn.Noraini atau lebih mesra untuk dipanggil “kak Aini”mengenai produk ASB Loan ni adalah mengenai pendahaluan apa itu ASB Loan dikenali sebagai simpanan pelaburan dalam jangka masa panjang untuk mendapat pulangan yang menguntungkan dan sebagainya mengenai ASB Loan . Bukan itu sahaja, kak Aini juga telah menghuraikan keraguan mengenai persoalan hukum untuk melabur dalam ASB loan. “Mengikut majlis fatwa ulama kebangsaan telah mengatakan ASB ADALAH sesuatu pelaburan harus” , kata Kak Aini.
Kak Aini juga berkongsi memberi ilmu mengenai cara untuk mempromosikan produk kepada pelanggan mengenai ASB Loan dan Produk lain , cara untuk berkomunikasi dengan baik dan cara untuk menjadi Penasihat Kewangan Terbaik kepada pelaggan . Di akhir bicara beliau , sempat memberi nombor telefon dan email beliau kepada agen-agen yang hadir untuk tidak segan hubungi beliau jika TERdapat pelanggan yang bersetuju untuk membuka akaun ASB Loan . Ini bagi meMudahkan untuk beliau melihat data maklumat pelanggan dengan lebih teperinci atau sebarang persoalan yang ingin diajukan kepada beliau nanti.
Comments
Post a Comment