Iftar bersama Tremendous Wealth Advisors
Oleh NURHAZIQAH SAZALI
SHAH ALAM, 9 JULAI 2014 – Selasa Seksyen 19, majlis berbuka puasa akan diadakan pada
11 Julai 2014 bersamaan hari Jumaat, bersama ahli Tremendous Wealth Advisors bertempat di CWA cawagan
pejabat Seksyen 19 pada jam 6.00 petang
di halaman Training Rooms bertujuan untuk merapatkan hubungan
persaudaraan sesama ahli sempena bulan
mulia Ramadhan Al-Mubarak ini.
Ahli Tremendous
digalakkan untuk membawa juadah berbuka mereka sendiri. Tujuannya untuk mempelbagaikan
hidangan berbuka puasa. Selain itu, untuk menunjukkan kepakaran ahli Tremendous
sendiri apabila berada di dapur
dengan hasil masakan yang dibawa dari rumah.
Bukan itu sahaja, selepas
selesai majlis berbuka puasa, solat maghrib secara berjemaah akan diadakan bersama ahli
Tremendous Wealth Advisors di
surau pejabat. Selepas itu, ahli Tremendous
akan pergi ke Masjid Ubudiyah yang berdekatan dengan pejabat CWA ini di
Seksyen 19 untuk melakukan solat terawih secara berjemaah bersama penduduk
berdekatan.
Marilah kita mengeratkan
lagi ukuhwah antara ahli Tremendous Wealth Advisors sesama
kita di bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Kehadiran semua
ahli adalah amat dialu-alukan.Semoga dengan kehadiran semua ahli dapat
memeriahkan lagi majlis serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan
semoga majlis kita ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Comments
Post a Comment