“Tremendous Sales Professional Seminar”, Program Motivasi Terbaik Di Tremendous Wealth Advisors.
“Tremendous Sales Professional Seminar”, Program
Motivasi Terbaik Di Tremendous Wealth Advisors.
Oleh Nashrul Naim
,
Shah Alam, Mei 22, 2017, Tremendous Wealth
Advisors mengadakan sebuah program motivasi yang bertajuk “Tremendous Sales
Professional Seminar” disampaikan oleh Encik Mokhtar selaku Group Agency
Manager dan Cetified Master Trainer di Tremendous Wealth Advisors. Program ini
mendapat sambutan yang amat baik di mana semua konsultan daripada Tremendous
Wealth Advisors sendiri dan FFR XO GROUP hadir dengan semangat yang tinggi
untuk mendapat seberapa banyak motivasi yang boleh diaplikasi dalam hidup
mereka.
Pada sesi pagi, Encik Mokhtar membuka minda
konsultan untuk menerima segala ilmu yang ingin disampaikan kerana jika
seseorang itu merasakan dirinya bagai cawan yang penuh dengan air nescaya dia
tidak akan dapat pergi jauh dalam bidang konsultan ini.
Pada sesi tengahari, Encik Mokhtar membuktikan
kepada konsultan bahawa seorang konsultan itu akan lebih berjaya jika berkerja
dalam berpasukan kerana aura positif akan sentiasa mengelilingi diri mereka
daripada rasa kecewa, sedih dan sebagainya.
Pada sesi petang, setelah semua konsultan
terbuka minda dengan bisnes ini dan bersemangat mencapai impian mereka, Encik
Mokhtar meminta mereka untuk menunjukkan impian yang mereka ingin capai di CWA
dengan menggunakan kepingan kertas daripada majalah dan ditampal di cupboard
atau kertas manilakat. Tujuan ini adalah untuk mendorong semua konsultan supaya
sentiasa berada di landasan yang boleh mencapai apa yang mereka impikan. Akhir
sekali adalah sesi penyampaian sijil penyertaan dan sesi fotografi bersama
semua konsultan.
CALL / WHATSAPP/ SMS : 012-321 0269 or 012-337 2505
CWA SHAH ALAM
CWA MALAYSIA
CWA AGENT
CWA CONSULTANT
PERUNDING KEWANGAN
PERUNDING CWA SHAH ALAM
PRODUK CWA
UNIT TRUST SHAH ALAM
UNIT AMANAH SHAH ALAM
JAWATAN KOSONG SHAH ALAM
Comments
Post a Comment