Apakah Pembiayaan ASB?


Pembiayaan ASB adalah pinjaman bertempoh terjamin yang dikira berdasarkan kadar faedah berubah yang diberikan kepada peminjam individu/individu bersama untuk membiaya pembelian Unit Amanah Saham Bumiputera atau Unit Amanah Saham Bumiputera 2 daripada Amanah Saham Nasional Berhad.

Istilah atau rujukan “Unit ASB” bermaksud Unit Amanah Saham Bumiputera atau Unit Amanah Saham Bumiputera 2, yang mana berkenaan, yang dibeli dan dibiaya oleh Bank dan yang disandarkan dan/atau diberikan dan/atau dicagarkan untuk dan/atau didepositkan dengan Bank sebagai sekuriti.

Pelan Group Amanah Saham Assurance (GASA) adalah satu pelan insurans pilihan yang anda boleh sertai bagi melindungi Pembiayaan ASB anda.

Pelan GASA ini ditajajamin dan dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

Comments

Popular Posts