24 Sebab Pelajar Malaysia Ini Berat Hati Untuk Pulang Ke Tanah Air
BY ZARUL ZULKIFLI · AUGUST 4, 2015
Artikel ini kami ambil dari Facebook pelajar Malaysia, Onesy Kun yang kini berada di negara matahari terbit Jepun bagi menyambung pengajiannya di sana. Melalui status yang dimuat naik oleh beliau, dia sangat gembira dan terpesona dengan negara Jepun kerana keramahan dan gaya hidup penduduk sana yang lebih teratur dan sistematik jika dibandingkan dengan kita, rakyat Malaysia. Kami tak nafikan ada “point-point” menarik dan sangat tepat tentang kelakuan rakyat Jepun yang mungkin kita boleh jadikan sebagai contoh dan teladan.
Tetapi walau seronok macammana pun di negara orang, pada kami ianya ada pro dan kontra. Biasalah kan. Setiap perkara apa sekalipun, mesti ada buruk dan baiknya. Ini adalah sebab mengapa pelajar ini berat hati mahu pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian nanti.
“Sedikit coretan luahan perasaan..
Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku ‘lupa daratan’ , ‘tak rindu keluarga’ , ‘lupa kawan’ , ‘bajet da jadi org jepun’ , ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ etc..
Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :
1. Setiap kali korg membeli-belah korang disambut dengan kata2 ‘selamat datang, terima kasih kerana datang’ beserta senyuman..
2. Setiap kali sudah membeli-belah walaupun sebiji gula2 korang dihargai dengan kata2 ‘terima kasih sila datang lagi’ bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai, hinggalah tukang buang sampah di luar kedai ..
3. Korang bawak sekeping rm100 ke kedai runcit nak beli aiskrim sebatang, bila nak bayar korang tak perlu risau kena suruh dengan cashier pergi pecah duit dulu tempat lain atau risau kena buat muka dengan cashier ni sebab menyusahkan dia nak bagi baki..korang boleh bayar aiskrim yang berharga 50sen tu dengan sekeping rm100, siap bayar dia terima kasih, senyum lagi kt korang..
4. Kalau korang tengah beratur ada urusan atau membeli belah, korang tak perlu risau langsung barisan kena potong begitu jugak masa tengah beratur jam di jalan raya, takkan ada pemandu terencat yg kononnya ‘aku sorang lah yg nak cepat sampai’ pakai line kecemasan potong barisan..
5. Tiap kali ada org buat salah sekecil mana sekalipun dia ni akan terus mintak maaf dengan badan, kepala sekali ditundukkan walhal kesalahan tu adakalanya kita yg salah..
6. Pintu rumah korang tak perlu geriji, tak perlu kunci, apatah lagi CCTV, korg boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/ bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua bulan atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun..
7. Tiap kali korang berjanji dengan orang sekeliling korang tak perlu kalkulator nak congak waktu nak sampai samada lewat sejam, atau sejam selepas waktu yg dijanjikan tu sebab partner korang memang akan sampai sharp on time/punctual dengan kadar kelewatan serendah 0.000001 saat
8. Korang tak perlu pikir pasal masa tiap kali nak travel or keluar dating dengan awek kalau naik public transport sebab transport mmg akan punctual dengan jadual masa..
9. Korang boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah mana sekalipun dengan hanya naik train..
10. Korang nk buang sampah tapi tong sampah takde, sampah keliling pun takde so korg akan rasa segan nak buang sampah merata n secara automatic persekitaran korg akan bersih n terjaga..
11. Di jalan raya, time korang tengah drive tiap kali ada kereta dari jalan lain nk masuk depan & bila korang bagi laluan driver tu kasi lampu emergency sepintas lalu n tak pernah hiraukan budi baik korang (signal terima kasih)
12. Tiap kali korang di satu simpang nk keluar jalan lain, korg tak perlu rush nak tekan pedal minyak nak cepat sebab kejap je akan ada kereta yg bagi korang masuk line tanda masyarakat keliling korang yg prihatin & suka mengalah..
13. Korang masuk tandas awam mana2 pun bersih, kadang2 bersih sangat sampai korang was-was itu tandas atau surau ?
14. Tiap kali mengidam nak beli sesuatu, korang boleh goyang kaki dalam bilik, boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau dikencing scammer/penipu/penyangak, dan barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran..
15. Korang tak perlu pergi ke banyak tempat nk bayar bil2 rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak gi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka je (cth : 7eleven, KK) semua boleh setel kat situ..
16. Korang boleh chill wat lek wat pis je kalau ada barang berharga (wallet etc) tercicir, tak perlu gelabah sangat sebab chance korang nk jumpa balik di tempat terjatuh / balai polis tu tinggi ..
17. Korang boleh pegang duit banyak2 dalam wallet, pakai n bawak gajet2 or perhiasan mahal dengan selambe je ke sana sini tanpa risau disamun..
18. Korang boleh keluar jalan sorang2 tengah malam buta nak tenang pikiran time putus cinta ke tanpa pikir panjang soal keselamatan yakni risau dengan penjenayah perompak pembunuh perogol mahupun peliwat..
19. Korang bebas buat apa saja aktiviti/benda pelik di tempat awam tanpa risau aksi korang dirakam orang lain dan diviralkan di fb kerana masyarakat keliling korang bukan keyboard warrior dan memang jenis tak hiraukan orang lain ..
20. Bagi yg biker n ada helmet mahal2 macam Shoei, Arai, Barai ke korang tak perlu susah2 angkut ke sana sini helmet tu takut hilang dicuri letak je di motor pastu tinggallah berapa puluh tahun sekalipun nescaya takkan berganjak dari tempat asal tu..
21. Korang tak perlu risau terkena darah tinggi sebab tekanan perasaan ketika main game online sebab internet sangat laju selaju-laju-laju-lajunyee selaju jet snack Apollo tak kira celah semak mana korang duduk..
22. Menteri di sana sangat merendah diri
23. Korang bebas berselfie tanpa dikecam………….. hm.
24. Last sekali, bayangkan korang dapat jadi orang paling power bahasa inggeris walaupon english SPM korang dulu fail teruk E+, beza nasi dengan nation pon tak tau, tapi korang lah yang paling power sekali fuhh perasaan ni yg paling win ..
Perkongsian ini hanyalah sekadar untuk membuka mata kita untuk ikuti adab dan contoh yang baik dari rakyat Jepun. Walaupun tinggal di negara orang, perasaan rindu itu pasti ada sedikit tersemat di hati. Di akhir tulisannya, graduan ini menyatakan yang dia akan pulang ke tanah air pada tahun hadapan.
Sumber dari Facebook Onesy Kun
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment