Tremendous Hari Raya 2014
Oleh NURHAZIQAH SAZALI
SHAH
ALAM, 4 OGOS 2014 – Hari raya Aidilfitri
pada tahun 2014 jatuh pada hari isnin , 28 julai 2014 bersamaan dengan 1 Syawal
1435 . Aidilfitri menandakan selesainya umat Islam mengerjakan ibadat
puasa Ramadan selama sebulan. Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan umat
Islam melawan segala dugaan dan cabaran ketika berpuasa pada bulan
Ramadan. Pelbagai cara sambutan yang
dilakukan umat Islam ketika menyambut Aidilfitri, begitulah juga sambutan yang
berlangsung di halaman kampung ahli Tremendous sendiri.
Kebiasaannya
pada setiap malam bulan Ramadan, umat Islam akan mengerjakan ibadat solat sunat
Terawih dan Witir, namun pada malam hari raya Aidilfitri, takbir memuji keesaan
Allah mula berkumandang, di kampung halaman sendiri Allah hu Akhbar, Allah hu
Akhbar… di masjid-masjid, di corong-corong radio, skrin-skrin televisyen dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pasti kecoh dengan golongan kanak-kanak dan sesetengahnya
remaja mula membakar bunga api dan mercun. Keadaan menjadi riuh-rendah.
Bagi
ahli Tremendous untuk kaum wanita pasti
sibuk di dapur membantu ibu mereka dan dibantu anak-anak dara mereka bagi menyiapkan
juadah untuk hidangan pada pagi hari raya, pastinya ketupat lemang, kuah kacang
dan rendang menjadi keutamaan di kampung sendiri dan lain–lain. Di samping juadah
tradisi, masyarakat Melayu juga pasti tidak lupa untuk menyediakan hidangan
lain seperti nasi lemak, nasi beriani, bihun goreng, dan adat keutamaan serbaneka biskut, kek dan pemanis mulut
dikenali kuih raya.
Pada
pagi hari raya, ahli Tremendous pasti bersiap untuk ke masjid bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri sambil melafazkan takbir memuji
kebesaran Allah s.w.t. Selepas solat
sunat Aidilfitri, pulang ke rumah pasti sesi bersalam-salaman memohon maaf
zahir dan batin bersama keluarga di mulai dan suasana pasti penuh sebak dan
syahdu ketika itu.
Sememangnya,
suasana di pagi hari raya itu kelihatan ceria mengenakan sepasang baju tradisi,
yang lelakinya berbaju Melayu lengkap bersampin serta bersongkok, yang
perempuan pula berbaju kurung, bertelekung dan ada yang berselendang berwarna-
warni pasti tidak lekang senyuman kegembiraan mereka. Dan terus singgah ke
rumah jiran tetangga berhari raya dan menikmati juadah enak pada hari raya
pertama. Dan bagi yang tinggal di rumah pula masing-masing, bersiap sedia untuk
menerima kunjungan tetamu dan meraikan sambutan hari raya bersama-sama. Amalan
kunjung-mengunjung sesama jiran tetangga sudah menjadi amalan tradisi
masyarakat Islam di halaman kampung
mereka sendiri .
Sambil
menikmati juadah yang dihidang, bermaafan dan bertanya khabar tercetus. Yang
kanak-kanak pula mengambil kesempatan mengumpul 'duit raya'. Pasti ada antara ahli Tremendous selepas meraikan tetamu yang berkunjung di halaman mereka, selepas
itu bersiap sedia dengan sedikit buah tangan bergegas ke rumah orang tua mereka
datuk dan nenek atau saudara mereka untuk beraya di sana pula bagi yang masih
mempunyai insan tersayang tersebut.
Sambutan
pada hari kedua Aidilfitri juga hampir sama, rumah terbuka masih diteruskan.
Pada hari itu juga ramai umat Islam di tempat sendiri masih mengunjungi kawasan
perkuburan untuk melawat kubur sanak-saudara yang telah meninggal. Bacaan
Yaasin dan al-Fatihah disedekahkan kepada roh si mati. Pada hari raya kedua dan
ketiga, pasti ada setiap ahli mula
membuat kunjungan hari raya ke rumah-rumah sanak-saudara yang agak jauh
jaraknya. Kesempatan ini juga ada pasti sesetengah daripada ahli yang membuat kerja
kenduri kahwin, kenduri kesykuran untuk saudara mereka dan yang paling penting
ahli tremendous tidak lupa sambil menyelam minum air untuk menarik minat
penduduk melabur di CWA dan mencipta kerjaya bersama kami Rising Star!!.
Hubungi kami di 012-321 0269 atau 012-337 2505 untuk menjadi Perunding Kewangan
Tremendous Wealth Advisors
CWA Shah Alam Sekysen 19
Terima Kasih
Comments
Post a Comment